Pendaftaran sesi 2012/2013 kini dibuka ! Jangan lepaskan peluang anda . DAFTAR SECARA ONLINE SEKARANG !!
Assalamualaikum



Pelajar Lepasan SPM :
Permohonan boleh dibuat menggunakan slip keputusan peperiksaan percubaan SPM . Potongan harga akan diberikan kepada pelajar yang mendaftar awal . Tempat adalah terhad . Sila isi borang permohonan online dan faks/e-mel salinan kad pengenalan , surat beranak dan slip keputusan peperiksaan percubaan SPM anda kepada pihak Islamic Medic .


Lepasan Matrikulasi, Diploma, Degree, A-Level dan STAM :
Permohonan boleh dibuat terus dengan mengisi borang permohonan online

Saturday 28 January 2012

Berita terkini dari pak cik Azali

24 Jan 2012, 19.00 hrs waktu Malaysia

Salam anak-anak yang diberkati Allah sekalian ;

Semoga semua para pelajar IM berada didalam keadaan sihat, dan selesai menduduki peperiksaan mid-term dengan jayanya

Pertamanya, permohonan tajaan MARA bagi para pelajar tahun 2, borang permohonan yang dikirimkan dengan pak cik tempoh hari telah dihantar untuk dipertimbangkan. Bagi yang belum dapat kiranya lengkapkan borang permohonan dan kirimkan pada En Zaini dari QAS Management.

Kedua, tajaan JPA para pelajar tahun 2 yang memperolehi pencapaian sekurang-kurangnya jahid jiddan boleh membuat permohonan secara online pada bulan Februari 2012.

Ketiga, majlis dialog dengan Dato Shahlan Bin Ismail, Setiausaha Politik Perdana Menteri dan rombongan, pohon para pelajar IM beri kerjasama untuk hadir ke majlis tersebut yang akan diadakan mulai jam 1.00 petang hingga 5.00 petang pada 27 Januari 2012, bertempat diARMA. Pak cik memohon maaf tidak dapat hadir kerana kesihatan tidak mengizinkan. Ustaz Nawi mewakili IM jika ada apa-apa masalah. Nasihat pak cik semasa ke majlis tersebut, sentiasa bersopan dan bertertib demi menjaga nama kita bersama.

Akhir sekali, semasa winter break hampir 2 minggu, pergi buat lawatan untuk rehatkan minda adalah tidak menjadi kesalahan, cuma nasihat pak cik sentiasa jaga keselamatan diri.

Terima Kasih .


27 Jan 2012, 22:35 hrs waktu Malaysia

Salam

Syabas anak-anak pak cik di Al-Azhar dan Tanta University yang sudi meluangkan masa menghadiri Majlis Dialog dengan YB Dato Shahlan Bin Ismail, Setiausaha Politik Perdana Menteri. Mengikut laporan dari wakil-wakil Islamic Medic Sdn. Bhd. , Ustaz Nawi, Sdr Fauzan, Sdr Syamil, Sdr Naufal, Sdri Sheila, Sdri Falihin dan yang lain, kehadiran adalah amat menggalakkan. Syukur Alhamdulillah. Walaupun pak cik tidak dapat bersama-sama dengan kalian semua, atas masalah kesihatan, harapan dan doa pak cik serta ibu bapa, sentiasa bersama-sama kalian.

Terima Kasih .

Thursday 26 January 2012

Permohonan Kemasukan September 2012


بسم الله الرحمن الرحيم

Permohonan dibuka sekarang .

Pelajar Lepasan SPM :
Permohonan boleh dibuat menggunakan slip keputusan peperiksaan  Potongan harga akan diberikan kepada pelajar yang mendaftar awal . Tempat adalah terhad .
Sila isi borang permohonan dan faks/e-mel salinan kad pengenalan , surat beranak dan slip
keputusan peperiksaan percubaan SPM kepada pihak Islamic Medic .


Lepasan Matrikulasi, Diploma, Degree, A-Level dan STAM :
Permohonan boleh dibuat terus dengan mengisi borang permohonan online

    

Tuesday 10 January 2012

Senarai barang untuk newcomers

بسم الله الرحمن الرحيم


Duit 

  1. Untuk permulaan 200-300 USD yang telah siap di tukar ke USD di Malaysia


Keperluan dapur

  1. Serbuk santan (jangan bawak susu santan , nanti akan memberatkan beg)
  2. Serbuk kari daging, ayam, ikan, rempah kurma, sup bunjut etc
  3. Serbuk kunyit
  4. Cili kering/serbuk cili
  5. Asam jawa, asam keping
  6. Ikan bilis, udang kering, ikan masin (semua barang barang ini tiada di sana)
  7. Kiub ikan bilis, kiub ayam, kiub/pes tomyam
  8. Bihun (tiada di Mesir)
  9. Serai yang dikeringkan, daun kunyit, daun kari, daun kesum, daun limau purut etc
  10. Halia, lengkuas, kunyit, rempah ratus
  11. Belacan
  12. Kicap
  13. Sos cili
  14. Perencah nasi goreng, mee goreng, sup sayur
  15. Milo, nescafe etc
P/s : Pinggan, mangkuk, sudu dan cawan boleh dibeli di sana nanti.

Keperluan elektrikal
  1. Extension wire
  2. Periuk nasi 
  3. Water boiler
  4. Blender
  5. Iron
  6. Extension dan international adapter
Pakaian
  1. Pakaian sopan dan menutup aurat
  2. Kasut jalan, kasut sukan
  3. Selipar (bawa 1-2 pasang)
Keperluan mandi
  1. Bawa yang penting penting sahaja (sekurang-kurangnya untuk sebulan)

Lain-lain
  1. Alat tulis
  2. Almari plastik
  3. Sejadah
  4. Telekung
  5. Al-Quran
  6. Kopiah