Assalamualaikum
Pelajar Lepasan SPM :
Permohonan boleh dibuat menggunakan slip keputusan peperiksaan percubaan SPM . Potongan harga akan diberikan kepada pelajar yang mendaftar awal . Tempat adalah terhad . Sila isi
borang permohonan online dan faks/e-mel salinan kad pengenalan , surat beranak dan slip keputusan peperiksaan percubaan SPM anda kepada pihak Islamic Medic .
Lepasan Matrikulasi, Diploma, Degree, A-Level dan STAM :
Pengenalan
Islamic Medic
Islamic Medic (ISME) Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat yang membantu para pelajar bagi mencapai impian mereka untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pergigian di Mesir. Syarikat kami menyediakan perkhidmatan bagi menguruskan proses permohonan dan persediaan para pelajar ke universiti-universiti di Republik Mesir seperti Universiti Al-Azhar, Universiti Tanta dan Universiti Zagaziq dan lain-lain.
Profil Diri
Mohd Azali Bin Harun adalah seorang yang komited di dalam apa yang dilakukan terutamanya dalam bidang pendidikan. Berbekalkan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang UiTM, beliau ingin terus menyumbang di dalam kecemerlangan para pelajar dalam bidang pendidikan. Beliau juga disenangi oleh orang disekeliling terutamanya para pelajar kerana sikapnya yang peramah dan tidak lokek dengan ilmu dan nasihat. Beliau pernah menjadi seorang guru dan aktif dalam PIBG di dalam beberapa sekolah Wilayah Persekutuan serta merupakan Pengarah Operasi Yayasan Generasi Gemilang Wilayah Persekutuan . Bertugas menghantar para pelajar melanjutkan pelajaran di dalam bidang perubatan ke beberapa universiti di Republik Mesir semenjak tahun 2005.