Pendaftaran sesi 2012/2013 kini dibuka ! Jangan lepaskan peluang anda . DAFTAR SECARA ONLINE SEKARANG !!
Assalamualaikum



Pelajar Lepasan SPM :
Permohonan boleh dibuat menggunakan slip keputusan peperiksaan percubaan SPM . Potongan harga akan diberikan kepada pelajar yang mendaftar awal . Tempat adalah terhad . Sila isi borang permohonan online dan faks/e-mel salinan kad pengenalan , surat beranak dan slip keputusan peperiksaan percubaan SPM anda kepada pihak Islamic Medic .


Lepasan Matrikulasi, Diploma, Degree, A-Level dan STAM :
Permohonan boleh dibuat terus dengan mengisi borang permohonan online

Thursday 23 February 2012

Kenapa perlu pilih kursus perubatan di Mesir ?

Antara kelebihan - kelebihan kos perubatan di Mesir ialah :-


  • Bahasa pengantar yang digunakan ketika kuliah adalah dalam Bahasa Inggeris .
  • Hanya mengambil kira keputusan keputusan SPM sebagai kelayakan untuk memohon
  • Tidak memerlukan apa - apa foundation atau matriks /asasi untuk masuk ke tahun 1 degree
  • Diiktiraf oleh JPA , MARA dan penaja penaja yang lain . Juga diiktiraf oleh Kesatuan Perubatan-perubatan di Malaysia
  • Yuran tahunan yang murah (hanya USD8,000 setahun) , berbanding yuran tahunan negara - negara lain iaitu USD10,000 ke atas untuk setahun
  •  Berpeluang untuk mempelajari bahasa Arab dang mengikuti kelas - kelas agama
  • Jadual yang tidak padat dan lebih selesa dari pelajar - pelajar medic di Malaysia
  • Kuliah tidak bercampur (lelaki dan perempuan diasingkan) bagi pelajar di Universiti Al-Azhar sahaja
  • Pensyarah yang berkualiti , mesra , penghafal Al-Quran dan sering mengaitkan ilmu perubatan dengan ayat - ayat Al-Quran
  • Kos sara hidup yang murah dan mudah untuk mendapatkan makanan halal
  • Komuniti rakyat Malaysia yang besar
  • Mempunyai Persatuan Pelajar - pelajar Perubatan Mesir (PERUBATAN)