Salam anak-anak yang diberkati Allah sekalian ;
Semoga semua para pelajar IM berada didalam keadaan sihat, dan selesai menduduki peperiksaan mid-term dengan jayanya
Pertamanya, permohonan tajaan MARA bagi para pelajar tahun 2, borang permohonan yang dikirimkan dengan pak cik tempoh hari telah dihantar untuk dipertimbangkan. Bagi yang belum dapat kiranya lengkapkan borang permohonan dan kirimkan pada En Zaini dari QAS Management.
Kedua, tajaan JPA para pelajar tahun 2 yang memperolehi pencapaian sekurang-kurangnya jahid jiddan boleh membuat permohonan secara online pada bulan Februari 2012.
Ketiga, majlis dialog dengan Dato Shahlan Bin Ismail, Setiausaha Politik Perdana Menteri dan rombongan, pohon para pelajar IM beri kerjasama untuk hadir ke majlis tersebut yang akan diadakan mulai jam 1.00 petang hingga 5.00 petang pada 27 Januari 2012, bertempat diARMA. Pak cik memohon maaf tidak dapat hadir kerana kesihatan tidak mengizinkan. Ustaz Nawi mewakili IM jika ada apa-apa masalah. Nasihat pak cik semasa ke majlis tersebut, sentiasa bersopan dan bertertib demi menjaga nama kita bersama.
Akhir sekali, semasa winter break hampir 2 minggu, pergi buat lawatan untuk rehatkan minda adalah tidak menjadi kesalahan, cuma nasihat pak cik sentiasa jaga keselamatan diri.
Terima Kasih .
27 Jan 2012, 22:35 hrs waktu Malaysia
Salam
Syabas anak-anak pak cik di Al-Azhar dan Tanta University yang sudi meluangkan masa menghadiri Majlis Dialog dengan YB Dato Shahlan Bin Ismail, Setiausaha Politik Perdana Menteri. Mengikut laporan dari wakil-wakil Islamic Medic Sdn. Bhd. , Ustaz Nawi, Sdr Fauzan, Sdr Syamil, Sdr Naufal, Sdri Sheila, Sdri Falihin dan yang lain, kehadiran adalah amat menggalakkan. Syukur Alhamdulillah. Walaupun pak cik tidak dapat bersama-sama dengan kalian semua, atas masalah kesihatan, harapan dan doa pak cik serta ibu bapa, sentiasa bersama-sama kalian.
Terima Kasih .